Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 17, 2010

10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.

Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadiets.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Tuesday, March 16, 2010

SEPULUH WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullahdan janganlah membuang masa dalamperkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertuturdalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung denganAllah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengansebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya"

Monday, March 15, 2010

SAMER IS THE BEST.

Assalamulaikum...Saya masih baru di sini.Saya akan menceritakan tentang sekolah saya.SAMER (Sekolah Agama Menengah Rawang) dahulu dikenali dengan Sekolah Agama Menengah Rendah Ibnu Khaldun.Ia telah didirikan di Kampung Kenanga Batu 17 kemudian berpindah ke Batu 16 Jalan Ipoh, Rawang pada tahun 1990.Dengan visi menjadikan sekolah yang cemerlang, gemilang, terbilang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah menjelang 2011(tahun hadapan).Saya generasi ke-26 SAMER akan menghadapi PMR ketika visi itu akan dilaksanakan.Oleh itu, saya perlu belajar dengan bersungguh-sungguh.SAMER telah diketuai oleh Pn. Romziah Binti Madong. Beliau dabantu oleh Guru Penolong Kanan Kurikulam iaitu En. Naziri bin Md Isa,Guru Penolaong Kanan Ko-kurikulum iaitu Pn. Harlina binti Kabol dan Guru Hal Ehwal Pelajar iaitu Pn. Noraini binti Jasman.

Asrama telah dibina selepas beberapa tahun sekolah ini dibina.Ia dinaungi juga oleh Pn. Romziah binti Madong.Diketuai oleh Pn. Noraini binti Jasman dan En. Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latiff. Dewan makan terletak di antara aspura dan aspuri.Aspura terdapat 20 dorm tetapi 4 dorm tidak digunakan lagi.Pelajar asrama akan balik pada setiap 2 minggu sekali.Dipimpin oleh Ketua Asrama iaitu pelajar tingkatan lima.Dibantu oleh penolong ketua asrama dan exco yang telah dilantik pada Majlis Penghargaan Asrama(MPA) oleh para warden pada tahun sebelumnya.

Walaupun SAMER sebuah sekolah agama tetapi aktiviti ko-kurikulum juga dijalankan sepeti sukan tahunan,karnival Kemahiran Amal Islami(KAMIL) dan lain. Aktiviti sukan dibahagi kepada empat firqah iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Aktiviti yang dijalankan ialah seperti bola sepak,bola tampar, badminton, bola jaring, balapan dan banyak lagi. Karnival KAMIL juga dibahagi kepada empat firqah iaitu Hassan al-Banna, Fathi Yakan, Ahmad Yasin dan Abdullah Azzan. Aktiviti yang dijalan kan ialah seperti acara khutbah, debat ala parlimen, syarahan, hafazan, tilawah al-Quran dan banyak lagi.


Itulah serba-sedikit tentang sekolah saya. Sesiapa yang ingin bersekolah di SAMER mestilah mendapat keputusan yang baik dalam PSRA. Semoga kita jumpa lagi di masa akan datang. Insya-Allah....